Fundación Reintegra memenangi F1® Allwyn Global Community Award di Mexico bagi mentransformasikan usaha mengintegrasikan semula belia ke dalam masyarakat

Fundación Reintegra memenangi F1® Allwyn Global Community Award di Mexico bagi mentransformasikan usaha mengintegrasikan semula belia ke dalam masyarakat

MEXICO CITY, Oct. 31, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) — Fundación Reintegra telah diumumkan sebagai pemenang Mexico bagi F1® Allwyn Global Community Award di FORMULA 1 GRAN PREMIO DE LA CIUDAD DE MÉXICO 2026. Organisasi yang telah mengkhusus dalam pencegahan keganasan dan pemulihan remaja selama empat dekad itu menerima dana berjumlah €100,000 daripada Allwyn, sebuah syarikat hiburan yang diterajui perniagaan loteri. Sumbangan tersebut akan membolehkan organisasi itu memberikan sokongan kepada 80 lagi remaja yang berhadapan dengan sistem keadilan bagi mencegah kesalahan berulang di samping memudahkan proses pengintegrasian semula sosial mereka.

Di Mexico, golongan muda yang pernah berhadapan dengan sistem keadilan berdepan cabaran sosial yang mendesak dan memerlukan perhatian tinggi, namun lazimnya kurang mendapat pendedahan serta sokongan. Ramai anak muda ini menghadapi trauma yang belum ditangani serta kekurangan sokongan keluarga dan peluang membina. Menyediakan alternatif bermakna bagi remaja ini dan mengurangkan risiko kesalahan berulang ialah cabaran utama yang menjejaskan keselamatan setempat dan peluang masa depan.

Fundación Reintegra menangani isu ini melalui model yang terbukti berkesan, di mana sembilan daripada setiap sepuluh remaja yang menamatkan program pengintegrasian semula tidak mengulangi kesalahan. Sumbangan berjumlah €100,000 daripada Allwyn akan membolehkan Reintegra memperluaskan usaha ini dengan menyediakan sokongan menyeluruh kepada 80 remaja serta keluarga mereka, termasuk bimbingan individu dan keluarga, pembangunan kemahiran sosioemosi serta peluang persediaan ke alam pekerjaan, sekali gus membantu mereka membina hala tuju kehidupan yang bebas daripada keganasan. Contoh utama ialah perusahaan sosial bakeri inisiatif ini yang melatih dan menggaji belia dalam reintegrasi masyarakat untuk membuat roti artisan dan pastri, membekalkan kemahiran teknikal, pengalaman kerja formal serta kebolehpasaran praktikal.

Hubungan antara organisasi tersebut dengan Formula 1® telah lama terjalin melalui kerjasama yang berkait secara langsung dengan penganjuran Grand Prix berkenaan. FORMULA 1 GRAN PREMIO DE LA CIUDAD DE MÉXICO kini menyokong program vokasional Reintegra dengan membeli roti bakerinya untuk ruang hospitaliti acara, menunjukkan cara operasi perlumbaan menjana impak sosial positif dalam komuniti setempat.

Jan Karas, Ketua Pegawai Eksekutif di Allwyn Hellas dan hakim F1® Allwyn Global Community Award, berkata: “Menerusi F1® Allwyn Global Community Award, kami berhasrat untuk membawa impak yang bermakna dan berkekalan kepada komuniti tempatan di seluruh dunia. Fundación Reintegra mencerminkan komitmen ini terhadap perubahan yang membawa impak sebenar, dan kami berbangga dapat menyokong usaha penting mereka di tempat yang paling memerlukannya.”

Margarita Pérez Rocha, Pengerusi Lembaga Pengarah Fundación Reintegra, berkata: “Kami amat gembira kerana berjaya memenangi F1® Allwyn Global Community Award. Penting untuk mewujudkan peluang sebenar dan membekalkan belia berisiko dengan keperluan untuk membuat pilihan serta membina masa depan yang berbeza. Untuk mengurangkan keganasan dan membina komuniti lebih selamat, kita mesti menangani puncanya serta melabur dalam pencegahan, pembangunan sosioemosi dan peluang hidup bebas keganasan. Sumbangan daripada Allwyn ini akan membolehkan kami memperluaskan usaha tersebut bagi membantu lebih ramai remaja dan keluarga mereka yang memerlukan sokongan kami.”

Ellen Jones, Ketua ESG di Formula 1 dan hakim F1® Allwyn Global Community Award, menambah: “Di Formula 1, kami komited untuk mewujudkan impak yang bermakna dalam komuniti yang menjadi tuan rumah perlumbaan kami. Usaha Fundación Reintegra selari dengan apa yang kami ingin capai menerusi visi ini. Grand Prix Mexico telah menyokong program persediaan kerja mereka yang cemerlang dengan membeli roti mereka untuk hospitaliti Grand Prix kami. Kami teruja untuk terus menyokong usaha berani dan strategik mereka bagi membantu belia membina masa depan mampan.”

Fundación Reintegra merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan keenam yang menerima pengiktirafan daripada F1® Allwyn Global Community Award pada tahun 2026. Pengiktirafan ini menyusuli penganugerahan kepada badan amal Kanada, La Tablée des Chefs; organisasi bukan berasaskan keuntungan Austria, Sindbad Mentoring; Starlight Children’s Foundation dari Britain; badan amal Belanda, Spieren voor Spieren; serta pemenang terbaharu di Austin, Del Valle ISD Education Foundation. Sebuah lagi organisasi akan menerima pengiktirafan di lokasi perlumbaan Grand Prix terakhir musim ini di Las Vegas. Selepas semua pemenang musim ini diumumkan, peminat Formula 1® berpeluang mengundi inisiatif pemenang kegemaran mereka sebagai sebahagian daripada usaha Allwyn untuk mendekatkan para peminat dengan program tersebut.

Nota kepada Editor

Perihal Allwyn
Allwyn AG ialah sebuah syarikat hiburan permainan multinasional berasaskan loteri dengan kedudukan pasaran terkemuka serta jenama yang dipercayai di Eropah dan Amerika Utara, yang tersenarai di Euronext Athens. Matlamat syarikat ialah memastikan pengalaman permainan yang lebih berkualiti bagi semua pihak dengan memberi tumpuan kepada inovasi, teknologi, keselamatan pemain, serta memperluas sumbangan kepada kebajikan melalui portfolio hiburan permainan kasual yang semakin berkembang.

Perihal Perkongsian Allwyn dengan Formula 1®
Perkongsian jangka panjang dengan Formula 1® mewakili usaha meningkatkan kesedaran global bagi Allwyn, dengan 24 perlumbaan sukan ini di seluruh dunia, 750 juta peminat, 96 juta pengikut media sosial, serta capaian meluas melalui saluran penyiaran dan hiburan.

Perkongsian ini akan mengukuhkan kedudukan Allwyn sebagai sebuah jenama antarabangsa yang memacu impak komuniti di seluruh dunia, selaras dengan rancangan pertumbuhan globalnya.

Teras perkongsian ini adalah pembangunan inisiatif yang akan menyokong cita-cita syarikat untuk menjadi penyumbang positif kepada masyarakat di peringkat global. Dengan Allwyn dan Formula 1® bersama-sama komited untuk memperkasakan peminat dan komuniti tempatan, perkongsian ini akan memberi peluang kepada Allwyn untuk memanfaatkan pangkalan peminat antarabangsa sukan yang sentiasa berkembang untuk meraikan mereka yang membawa perubahan positif dengan berkongsi kisah inspirasi ini di peringkat global.

Perihal Formula 1®
Perlumbaan Formula 1® bermula pada tahun 1950 dan merupakan pertandingan lumba kereta paling berprestij di dunia, serta siri sukan tahunan yang paling popular di dunia. Formula One World Championship Limited merupakan sebahagian daripada Formula 1® dan memegang hak komersial eksklusif untuk FIA Formula One World Championship™. Formula 1® ialah anak syarikat Liberty Media Corporation (NASDAQ: FWONA, FWONK, LLYVA, LLYVK) yang dikaitkan dengan saham penjejakan Formula One Group. Logo F1®, logo F1® Formula 1®, Formula 1®, F1®, FIA FORMULA ONE WORLD CHAMPIONSHIP, GRAND PRIX, PADDOCK CLUB dan tanda berkaitan merupakan tanda dagangan milik Formula One Licensing BV, sebuah syarikat Formula 1®. Hak cipta terpelihara.

Maklumat lanjut mengenai F1® Allwyn Global Community Award, termasuk kriteria kelayakan dan proses pemilihan, boleh didapati di laman web kami: https://www.allwyn.com/responsibility/community-award.

Perihal Fundación Reintegra
Fundación Reintegra ialah sebuah organisasi masyarakat sivil dengan pengalaman melebihi 40 tahun dalam bidang pencegahan keganasan dan pengintegrasian semula golongan remaja ke dalam masyarakat. Melalui pendekatan yang menyeluruh, terbukti berkesan dan diukur secara sistematik, Reintegra bekerjasama dengan golongan remaja dan keluarga mereka untuk memperkukuh kemahiran sosioemosi, mengeratkan hubungan keluarga serta komuniti, sekali gus membuka akses kepada peluang pendidikan, pekerjaan dan pembangunan diri.

Usaha Reintegra menunjukkan bahawa pengintegrasian semula ke dalam masyarakat mampu membawa hasil yang mampan. Apabila remaja dan keluarga mereka diperkasa dengan sokongan serta keupayaan yang diperlukan, risiko keganasan dan pengulangan kesalahan dapat dikurangkan, sekali gus mewujudkan komuniti yang lebih selamat. Untuk maklumat lanjut, layari: www.reintegra.org.mx

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/871fa5d5-5eb6-4d16-b0c1-ef77ebfd24a4


            
Scroll to Top