Submit Web
Email us Your Website suggestions and all type of partnership contact to.

editor@pakistaninewspaperlist.com
pakistaninewspaperlist@gmail.com
×

Bitget Menganjurkan Perjumpaan Komuniti di Malaysia Bersama Pempengaruh Kripto Pushpendra Singh

VICTORIA, Seychelles, Aug. 12, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget, sebuah syarikat pertukaran mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia, telah mengumumkan acara eksklusif Malam Blok Rantai & Web3, yang dianjurkan bersama pempengaruh kripto yang popular, Pushpendra Singh. Acara ini bakal diadakan pada 1 Ogos 2024 dari jam 7:30 MLM sehingga 10:00 MLM di Tipsy Junction, Brickfields, Kuala Lumpur.

Pertemuan istimewa ini akan menyatukan komuniti India di Malaysia, menyediakan platform untuk membina kenalan, belajar dan kemungkinan kolaborasi.

Para hadirin akan berpeluang untuk berhubung dengan peneraju dan pengguna inovasi industri, termasuklah Alvin Kan, COO di Bitget Wallet dan pasukan wilayah pertukaran Bitget. Acara ini juga akan menampilkan Victor Ji, Pengasas Bersama Manta Network dan Ratish, Pengarah Komuniti GaiaNet, yang akan berkongsi pandangan mereka tentang trend terkini dan perkembangan dalam teknologi blok rantai.

COO Bitget Wallet, Alvin Kan di perjumpaan Pushpendra x Bitget di Malaysia

Perjumpaan ini menumpukan pada penggalakan bagi perbincangan yang menarik dan peluang membuat kenalan yang berharga. Acara ini merupakan acara sampingan MYBW yang penting dan menekankan lagi kepentingannya dalam komuniti blok rantai.

Pushpendra Singh, seorang tokoh yang sangat dihormati dalam bidang kripto, menyatakan keterujaannya tentang acara ini dengan berkata, "Acara ini menandakan langkah yang besar ke arah meningkatkan kesedaran blok rantai dan memupuk penglibatan komuniti di Malaysia. Pengalaman saya berkolaborasi dengan Bitget sangatlah positif disebabkan sokongan, standard keselamatan yang tinggi dan pendekatan mereka yang inovatif."

Acara ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang teknologi blok rantai dan potensinya untuk mengubah pelbagai industri. Perjumpaan ini juga bermatlamat untuk memudahkan perangkaian dalam kalangan ahli profesional dan peminat, lalu mencipta persekitaran yang boleh mengembangkan idea dan kolaborasi baharu. Dengan menghimpunkan tokoh penting daripada sektor blok rantai dan Web3, acara ini ingin menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan komuniti blok rantai di Malaysia dan di luar negara.

Bitget senantiasa menganjurkan acara bersifat pendidikan; baru-baru ini, Bitget mengumumkan acara Bulan Pengalaman Kripto pada bulan Ogos sebagai sebahagian daripada inisiatifnya, Blockchain4Youth (B4Y). Dengan $10 juta komitmen untuk memperkasakan dan menginspirasi generasi muda dengan Web3 dan kripto, B4Y ingin memupuk peneraju blok rantai yang akan datang. Sebagai sebahagian daripada sambutan tahun kedua Hari Belia Antarabangsa pada 12 Ogos, Bitget merancang untuk menganjurkan acara Pengalaman Kripto sepanjang bulan Ogos di serata 13 bandar di Timur Tengah, Eropah, Asia, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Oceania.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget ialah syarikat pertukaran mata wang kripto dan Web3 terulung di dunia. Bursa Bitget menyediakan perkhidmatan untuk 25 juta pengguna di lebih 100 negara dan wilayah dan komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan yang mana Bitget menjadi perintis dan penyelesaian perdagangan lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang menyeluruh, termasuk kefungsian dompet, swap, NFT Marketplace, pelayar DApp dan banyak lagi. Bitget memberikan inspirasi kepada individu untuk menerima kripto melalui kerjasama dengan rakan kongsi yang boleh dipercayai termasuk pemain bola sepak Argentina yang terkemuka, Lionel Messi dan atlet daripada Turki, Buse Tosun Çavuşoğlu (johan Gusti dunia), Samet Gümüş (pemenang pingat emas Tinju) dan İlkin Aydın (pemain pasukan Bola Tampar kebangsaan).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet
Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Foto yang disertakan dengan pengumuman ini tersedia di: 

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/ec5c361f-aff3-4692-9177-b81236ba38c0
http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e02306dc-0a43-4c21-a1b2-462df46307d4