Submit Web
Email us Your Website Domain, Contact Email, Contact Mobile Number and Short Description of Your Portal to.

news@pakistaninewspaperlist.com
×

Kehilangan Bakat dalam Era AI: Tinjauan Global Mendapati Perniagaan Gagal Membuka Kunci Potensi Penuh Pekerja mereka

Laporan Kelly mendapati kebanyakan strategi bakat tidak berkesan, mengecamkan pemimpin tenaga kerja yang menentang trend

TROY, Michigan, June 12, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- Perniagaan gagal membuka kunci potensi penuh pekerja mereka dan perancangan tenaga kerja yang lemah sedang menghalang pertumbuhan kebanyakan organisasi, ini yang didapati menerusi tinjauan global oleh penyedia penyelesaian bakat istimewa, Kelly. Laporan Re:work Global Kelly 2024 mendedahkan eksekutif beralih kepada kecerdasan buatan (AI) dan automasi untuk menyelesaikan cabaran ini tetapi sukar untuk melaksanakan strategi digital dengan berkesan dan mengabaikan penawaran latihan yang mencukupi kepada pekerja.

Laporan tenaga kerja global tahunan keempat daripada Kelly, yang bertajuk Membina Tenaga Kerja Berdaya Tahan dalam Era AI, menunjukkan 54% eksekutif kanan mengatakan bahawa perancangan tenaga kerja yang lemah menghalang pertumbuhan perniagaan manakala 47% mengatakan bahawa mereka kehilangan peluang perniagaan kerana kekurangan bakat. Empat daripada 10 eksekutif (42%) mengatakan bahawa mereka tidak membuka potensi penuh tenaga kerja mereka.

Pekerja menganggap kegagalan ini berpunca daripada majikan mereka, dengan menyatakan kekurangan pembangunan kemahiran dan kemajuan kerjaya sebagai kekecewaan utama mereka. Terutamanya, wanita mengatakan bahawa mereka berada dalam keadaan yang merugikan dari segi peluang kerjaya dan lebih cenderung untuk meninggalkan peranan mereka pada masa ini berbanding dengan lelaki (34% berbanding 20%). Pekerja yang menganggap diri sebagai sebahagian daripada kumpulan minoriti hampir dua kali ganda lebih cenderung mengatakan bahawa mereka merancang untuk berhenti kerja dalam tempoh 12 bulan akan datang. Eksekutif menyedari kekecewaan ini dan mengakui bahawa pembangunan kemahiran dan kemajuan kerjaya yang tidak mencukupi ialah sebab utama bagi pusing ganti pekerja. Walaupun menyedari tentang hal ini, hanya satu daripada empat eksekutif melaporkan bahawa organisasi mereka menawarkan program latihan bersemuka yang mencukupi.

Kebanyakan organisasi menggunakan teknologi untuk menyelesaikan cabaran ini. Kebanyakan (64%) melabur atau merancang untuk melabur dalam AI atau automasi untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan penglibatan pekerja, tetapi satu daripada lima eksekutif mengakui strategi digital mereka untuk mengukuhkan tenaga kerja adalah tidak berkesan. Pekerja berasa kecewa dengan perubahan ini dan berhati-hati terhadap implikasi AI terhadap pekerjaan dan kerjaya mereka. Walaupun 73% pekerja menjangkakan AI memberi impak kepada peranan mereka, hanya 36% berasa positif tentang teknologi tersebut dan hanya 39% mengatakan bahawa mereka telah menerima latihan berkaitan AI. Di samping itu, pekerja menyatakan punca kekecewaan mereka ialah kekurangan autonomi dalam cara mereka bekerja, kekurangan kefleksibelan di tempat atau semasa mereka bekerja, dan keseimbangan kehidupan bekerja yang teruk. Walaupun eksekutif mengakui perkara ini, hampir separuh (48%) telah mewajibkan hari bekerja di tapak.

“Penemuan ini membuka mata,” kata Peter Quigley, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kelly. “Mereka menekankan kepentingan membangunkan strategi tenaga kerja jangka panjang yang menumpukan pada gabungan pekerja tetap dan kontinjen yang betul, pembangunan kemahiran dan kerjaya yang berkesan, penglibatan pekerja yang bermakna, dan pelaksanaan bertimbang rasa bagi alat AI yang menggabungkan bakat dan teknologi manusia yang terbaik.”

Laporan Re:work memperlihatkan cerapan tentang cara organisasi terkemuka dunia mencapai perkara ini. Buat pertama kalinya, laporan tersebut menampilkan Indeks Ketahanan Tenaga Kerja, yang mendedahkan cara perniagaan terbaik membina pasukan yang tangkas, berkemampuan dan terangkum yang berjaya dalam era AI. Indeks mengenal pasti sekumpulan Pemimpin Berdaya Tahan (7% daripada syarikat yang ditinjau) yang melaporkan hasil yang lebih baik merentas kedua-dua metrik perniagaan teras dan penunjuk orang utama berbanding dengan Pelaku Pasaran Pertengahan (85%) dan Pengguna Terkemudian (8%).

  • 70% daripada Pemimpin Berdaya Tahan melaporkan peningkatan hasil sepanjang tahun lalu berbanding dengan 35% daripada Pengguna Terkemudian.
  • 61% daripada Pemimpin Berdaya Tahan melaporkan keuntungan yang bertambah baik berbanding dengan 35% daripada Pengguna Terkemudian.
  • 74% daripada Pemimpin Berdaya Tahan melaporkan kepuasan pelanggan yang bertambah baik berbanding dengan 37% daripada Pengguna Terkemudian.
  • 79% daripada Pemimpin Berdaya Tahan melaporkan peningkatan keupayaan untuk merekrut bakat berbanding dengan 27% daripada Pengguna Terkemudian.
  • 72% daripada Pemimpin Berdaya Tahan melaporkan pengekalan yang bertambah baik berbanding dengan 34% daripada Pengguna Terkemudian.

Pemimpin Berdaya Tahan Tenaga Kerja biasanya berpusat di Norway, Sweden dan Jerman, menurut laporan tersebut. Tinjauan itu mengenal pasti empat amalan terbaik untuk membina daya tahan tenaga kerja:

  1. Bekerjasama dengan penyedia penyelesaian tenaga kerja membina pasukan yang lebih tangkas dan berkemampuan. 71% daripada Pemimpin Berdaya Tahan bekerja dengan pihak ketiga untuk membangunkan strategi bakat mereka berbanding dengan 35% daripada Pengguna Terkemudian.
  2. Memanfaatkan teknologi baharu yang menawarkan keterlihatan yang lebih baik kepada permintaan bakat. 64% Pemimpin Berdaya Tahan mempunyai strategi yang jelas tentang cara mereka menggunakan AI untuk menyokong kerja manusia berbanding dengan 22% Pengguna Terkemudian. 69% menggunakan teknologi untuk meningkatkan analitis tenaga kerja, memantau produktiviti dan menyokong kerja hibrid.
  3. Memanfaatkan perspektif yang pelbagai dan menyediakan penyusunan kerja yang fleksibel dalam memperkasakan pekerja untuk menyumbang. 77% daripada Pemimpin Berdaya Tahan mengatakan pemimpin C-suite mempunyai tanggungjawab DEI berbanding dengan hanya 5% daripada Pengguna Terkemudian. 53% daripada Pemimpin Berdaya Tahan menawarkan pengaturan kerja yang fleksibel dan hibrid untuk pekerja di setiap peringkat berbanding hanya 19% daripada Pengguna Terkemudian.
  4. Proaktif tentang kesejahteraan dan kesihatan mental meningkatkan prestasi. 54% daripada Pemimpin Berdaya Tahan menawarkan sumber kesihatan mental berbanding 28% daripada Pengguna Terkemudian.

"Tinjauan itu menunjukkan bahawa fokus strategi pada ketangkasan, keupayaan dan rangkuman mengukuhkan produktiviti tenaga kerja, pertumbuhan dan penglibatan pekerja," kata Quigley. “Bagi syarikat yang bergelut untuk membina pasukan yang berkesan, Indeks Ketahanan Tenaga Kerja kami menyediakan cerapan yang amat penting untuk membawa strategi bakat mereka ke peringkat seterusnya dan garis dasar untuk menjejaki kejayaan mereka dari semasa ke semasa.”

Perihal Tinjauan
Kelly meninjau seramai 1,500 eksekutif kanan, termasuk pemimpin C-suite, ahli lembaga pengarah, ketua jabatan, pengarah dan pengurus, serta 4,000 pekerja pada semua peringkat melangkaui 13 negara dan lapan sektor industri pada Q2 2024. 13 negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Hungary, Ireland, Norway, Poland, Sweden, Switzerland, United Kingdom, Australia, India, dan Singapura. Lapan sektor industri termasuk Runcit Pengguna, Pendidikan, Tenaga, Kejuruteraan, Perkhidmatan Kewangan, Sains Hayat, Pembuatan dan Teknologi. 35% daripada responden adalah daripada organisasi dengan 10,000+ pekerja, 35% adalah daripada organisasi dengan 5,001-10,000 pekerja, dan 30% adalah daripada organisasi dengan 1,000-5,000 pekerja. Baca laporan penuh di sini.

Perihal Kelly®
Kelly (Nasdaq: KELYA, KELYB) membantu syarikat merekrut dan mengurus pekerja yang berkemahiran serta membantu pencari kerja mencari kerja yang baik. Sejak mencipta industri kakitangan pada tahun 1946, kami telah menjadi pakar dalam banyak industri dan pasaran tempatan serta global tempat kami berkhidmat. Dengan rangkaian pembekal dan rakan kongsi, kami menghubungkan pencari kerja di seluruh dunia dengan kerja yang bermakna. Suite perkhidmatan penyumberan luar dan perundingan kami memastikan syarikat mempunyai orang yang diperlukan oleh mereka, pada masa dan tempat mereka paling diperlukan. Kami yang beribu pejabat di Troy, Michigan, memperkasakan perniagaan dan individu untuk mengakses peluang tanpa had dalam industri seperti sains, kejuruteraan, teknologi, pendidikan, pembuatan, peruncitan, kewangan dan tenaga. Lawati kellyservices.com.

Maklumat Hubungan Media
Christian Taske
248-561-8823
christian.taske@kellyservices.com

Video yang dilampirkan bersama pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/17a51015-f7a5-41ca-bd3d-c3a45fe3fb3d