BROOKLYN, N.Y., Feb. 14, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) -- AI-Media teruja untuk mengumumkan pelancaran penyelesaian kapsyen automatik VOD mereka, LEXI Recorded. Produk yang cemerlang ini pada mulanya dicipta untuk sebuah francais sukan utama, serta menggunakan teknologi AI (Kecerdasan Buatan) termaju produk LEXI andalan mereka. LEXI Recorded akan menangani permintaan yang semakin meningkat untuk penghasilan kapsyen yang mudah, berjumlah tinggi dan pusing maju pantas bagi kandungan yang dirakam, sambil memastikan ketepatan yang tinggi dan keberkesanan kos. Ia juga boleh disepadukan secara lancar dengan sistem pengurusan media pelanggan, untuk menjadi aliran kerja pengeluaran media hujung-ke-hujung, dan menyampaikan proses kapsyen yang dirakam yang lebih cekap dan boleh lepas tangan.
Ketua Pegawai Produk AI-Media, Bill McLaughlin berkata: “LEXI Recorded mewakili langkah kemajuan besar dalam dunia kapsyen automatik untuk media rakaman, memberikan kelajuan, ketepatan dan kecekapan kos yang tiada tandingan. Dengan LEXI Recorded, kami bukan sahaja memenuhi, tetapi melebihi permintaan untuk kapsyen kandungan dirakam berjumlah tinggi yang cepat dan tepat. Dengan ketepatan yang setanding dengan kapsyen manusia, keupayaan untuk bersepadu dengan lancar ke dalam aliran kerja pengeluaran yang pelbagai dan berharga daripada USD $0.20 seminit, ini merupakan pengubah keadaan untuk penyiar kandungan volum tinggi.
Kami berbangga untuk meneruskan legasi inovasi dan kepimpinan kami dalam ruang kapsyen. LEXI Recorded ialah bukti komitmen kami untuk menyampaikan penyelesaian termaju yang memperkasakan organisasi untuk meningkatkan kebolehcapaian dengan kecekapan dalam pengeluaran media.”
Ciri-ciri Utama LEXI Recorded termasuk:
LEXI Recorded merupakan satu lagi penyelesaian dalam LEXI Tool Kit AI-Media yang kini mengukuhkan syarikat itu sebagai peneraju global dalam teknologi dan penyelesaian kapsyen.
Pasukan AI-Media akan mempamerkan penyelesaian LEXI Recorded dari 14-17 April di NAB Show 2024 di Las Vegas; konvensyen perdagangan penyiaran dan media terbesar di dunia. Untuk menempah sesi 1:1 di NAB Show bagi mengetahui lebih lanjut tentang LEXI Recorded atau penyelesaian kami yang lain, klik DI SINI.
Untuk maklumat lanjut tentang LEXI Recorded lawati laman web halaman LEXI Recorded di tapak AI-Media.
Perihal AI-Media
Ditubuhkan di Australia pada 2003, syarikat teknologi AI-Media ialah peneraju global dalam penyediaan kapsyen langsung dan rakaman yang berkualiti tinggi, transkripsi dan terjemahan secara langsung dan dirakam. Syarikat ini membantu penyiar, perusahaan dan agensi kerajaan terkemuka di dunia dalam memastikan kapsyen yang berketepatan tinggi, selamat dan kos efektif melalui penyelesaian kapsyen automatik LEXI yang dikuasakan AI dan pelbagai perkakasan kapsyen hujung ke hujung. Di peringkat global, teknologi AI-Media menyampaikan lebih 10 juta minit kandungan media secara langsung dan rakaman, serta acara dalam talian dan strim web setiap bulan. AI-Media (ASX: AIM) memulakan dagangan di ASX pada 15 September 2020. Untuk maklumat lanjut tentang AI-Media sila lawati AI-Media.tv.
Foto yang dilampirkan bersama pengumuman ini tersedia di: https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/9b438393-8d1a-4c20-ac87-8bb81fc5a450
CONTACT: Pegawai Hubungan Akhbar: Fiona Habben Ketua Pemasaran Global fiona.habben@ai-media.tv