SAN JOSE, California, April 08, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) — Cloudera, satu-satunya syarikat yang membolehkan AI digunakan ke atas data di mana-mana, hari ini mengumumkan peningkatan signifikan kepada platform data dan AI hibridnya. Kemas kini ini membantu perusahaan memodenkan sistem secara lancar, mengurangkan kos infrastruktur dan mempercepatkan analitik serta AI merentasi keseluruhan ekosistem data mereka.
Perusahaan kini berdepan tekanan yang semakin meningkat untuk memodenkan platform data sambil mengurus kos dan risiko, sekali gus meningkatkan beban operasi yang signifikan. Pada masa pelaburan AI yang semakin pesat dan dijangka oleh Gartner akan mencecah USD3.33 trilion menjelang 2027, kitaran naik taraf yang kerap, kos infrastruktur yang meningkat serta kerumitan yang bertambah telah menghalang inovasi dan mengalihkan sumber daripada analitik serta AI bernilai tinggi.
Cloudera menangani cabaran ini dengan menyediakan kestabilan jangka panjang dan asas yang boleh diramal untuk persekitaran data perusahaan. Dengan sokongan lanjutan sehingga 2032 serta pengalaman platform bersatu merentas awan dan pusat data, Cloudera membolehkan organisasi mengurangkan beban operasi sambil memberi tumpuan kepada pemajuan inisiatif AI.
Kemajuan ini mengukuhkan kedudukan Cloudera sebagai satu-satunya platform yang menawarkan kestabilan jangka panjang, skalabiliti anjal merentas awan dan pusat data, serta kebolehoperasian terbuka dalam seni bina yang tunggal — tanpa memerlukan pemindahan data atau migrasi yang mengganggu.
Ciri utama merangkumi:
- Kestabilan operasi terjamin: Menawarkan asas yang stabil dan selamat untuk persekitaran data perusahaan, yang membolehkan organisasi menyeragamkan infrastruktur teras serta mengurangkan risiko. Pada masa sama, ia menghapuskan kitaran naik taraf yang mahal sambil menyelaraskan strategi platform dengan pelaburan jangka panjang.
- Pemodenan tanpa gangguan: Menyediakan kemas kini serentak bagi pelaksanaan di premis dan awan, memastikan konsistensi merentasi keseluruhan ekosistem data hibrid. Ini membolehkan organisasi meningkatkan prestasi dan memenuhi keperluan peraturan yang sentiasa berubah tanpa kos tinggi untuk melakukan pemindahan platform.
Kemas kini ini juga memperkenalkan keupayaan baharu bagi meningkatkan prestasi, fleksibiliti dan kerjasama data merentasi seni bina data moden. Pengoptimuman automatik jadual Apache Iceberg, yang dikuasakan oleh Cloudera Lakehouse Optimizer, mempercepatkan prestasi kueri sebanyak 38% dan mengurangkan penggunaan storan sehingga 36% dengan usaha manual yang minimum. Organisasi juga boleh memaksimumkan pelaburan di premis sambil secara dinamik meluaskan pusat data peribadi mereka ke awan melalui Cloudera Cloud Bursting, sekali gus membuka keanjalan atas permintaan tanpa perlu menduplikasi data atau menulis semula aplikasi. Perkongsian data yang diperluas membolehkan akses selamat kepada jadual Iceberg secara langsung merentasi platform luaran tanpa perlu menyalin atau menduplikasi data. Langkah ini mengurangkan silo, mengekalkan integriti data, serta memastikan tadbir urus sentiasa terpelihara.
“Pelanggan kami tidak lagi menerima pertukaran kompromi,” kata Leo Brunnick, Ketua Pegawai Produk di Cloudera. “Mereka mahukan fleksibiliti awan, kawalan pusat data serta keupayaan untuk menskalakan operasi tanpa gangguan. Kemas kini ini mengabungkan ketiga-tiganya dalam satu platform bersepadu yang dibina khusus untuk data dan AI moden.”
Cloudera mempersembahkan keupayaan platform terbarunya minggu ini di Iceberg Summit 2026. Untuk maklumat lanjut, layari cloudera.com atau kunjungi Cloudera di reruai #G4 semasa acara tersebut.
Perihal Cloudera
Cloudera merupakan satu-satunya syarikat platform data dan AI yang dipercayai oleh organisasi besar untuk membawa AI terus ke lokasi data mereka. Tidak seperti penyedia lain, Cloudera menawarkan pengalaman awan yang konsisten dengan penyatuan awan awam, pusat data di premis, dan edge — semuanya berlandaskan asas sumber terbuka yang telah terbukti. Sebagai perintis dalam bidang data besar, Cloudera memperkasakan perniagaan untuk menerapkan AI dan mengawal 100% data mereka dalam semua bentuk, sekali gus menambah baik keselamatan, tadbir urus serta cerapan masa nyata dan ramalan. Jenama terbesar dunia merentasi pelbagai industri bergantung kepada Cloudera untuk mengubah cara membuat keputusan demi meningkatkan keuntungan, melindungi daripada ancaman, malah menyelamatkan nyawa.
Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Cloudera.com dan ikuti kami di LinkedIn serta X. ©2026 Cloudera dan tanda yang berkaitan merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Cloudera, Inc. Semua nama syarikat dan produk lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.
Hubungi
Jess Hohn-Cabana
cloudera@v2comms.com




