SHENZHEN, China, Oct. 20, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) — BYD Energy Storage telah membangunkan rangkaian perkhidmatan selepas jualan yang komprehensif menerusi kerangka berbilang peringkat yang merangkumi O&M di stesen, pusat projek, pusat serantau serta ibu pejabat global.
Di peringkat global, BYD Energy Storage mengendalikan sembilan pusat O&M yang masing-masing mempunyai keluasan 2,500 meter persegi. Rangkaian perkhidmatan selepas jualan syarikat itu merangkumi China, Chile, Afrika Selatan, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia, Jepun, Poland serta Timur Tengah. Bagi memperluaskan lagi liputan perkhidmatan globalnya, pusat perkhidmatan baharu akan dibuka di Afrika Selatan dan Bulgaria pada 2027. Pusat-pusat ini menyediakan fungsi teras termasuk penyimpanan dan pengurusan alat ganti, pembaikan serta penyenggaraan bateri, pengagihan alat ganti di peringkat serantau, kitar semula bateri serta latihan kepada jurutera tempatan.
Pusat-pusat serantau BYD Energy Storage mematuhi sepenuhnya keperluan kawal selia tempatan, menyediakan latihan tenaga kerja yang berstruktur serta membolehkan tindak balas yang pantas di lokasi. Pasukan perkhidmatan profesionalnya terdiri daripada lebih 200 jurutera lapangan dan lebih 100 pakar penyelidikan dan pembangunan (R&D). Syarikat itu melaksanakan perjanjian tahap perkhidmatan (SLA) yang standard: respons dalam masa 24 jam, ketibaan di lokasi dalam masa 48 jam serta penyelesaian masalah kerosakan dalam tempoh 7 hari.
Rangkaian perkhidmatan global BYD Energy Storage kini merangkumi pelbagai pasaran utama di seluruh dunia. Rangkaian ini membentuk sistem bekalan berbilang titik yang memastikan penghantaran alat ganti yang pantas ke seluruh dunia. Selain itu, melalui barisan pengeluaran tempatan, pasukan O&M syarikat menyepadukan sumber serantau untuk membaiki bateri setempat serta menyediakan sokongan selepas jualan yang pantas dan mudah kepada pelanggan global di lokasi mereka.
“Rangkaian perkhidmatan global kami dibangunkan sejajar dengan pertumbuhan pesat penggunaan BESS di seluruh dunia. Sokongan selepas jualan yang boleh dipercayai merupakan asas kepada operasi aset penyimpanan tenaga yang stabil untuk jangka panjang,” kata He Dehong, Ketua Perkhidmatan Selepas Jualan Global, BYD Energy Storage.
Berpandukan visinya untuk memperkasa industri penyimpanan tenaga global menerusi perkhidmatan digital dan pintar, sistem O&M global BYD Energy Storage yang matang menyokong pengembangan penggunaan sistem penyimpanan tenaga bateri syarikat itu di pasaran global. Pada 2025, syarikat itu menerajui penghantaran BESS global, melebihi 60 GWh dan telah menyiapkan lebih 650 projek penyimpanan tenaga, disokong perkhidmatan selepas jualan setempat yang seragam untuk operasi aset yang andal.
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f150774f-bf11-471f-bf44-db38b73cb624
