Bitget Mengemas Kini Bukti Rizab untuk bulan Februari 2025, Nisbah Rizab Meningkat kepada 186%

Bitget Mengemas Kini Bukti Rizab untuk bulan Februari 2025, Nisbah Rizab Meningkat kepada 186%

VICTORIA, Seychelles, Feb. 27, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia telah mengeluarkan laporan bukti rizab mereka untuk bulan Februari 2025. Tangkapan layar terkini menunjukkan data yang dikemas kini menyerlahkan peningkatan rizab kepada 186% berbanding komitmennya sebanyak 100%. Bukti rizab Bitget yang terkini mengesahkan semula kestabilan dan ketelusan kewangannya, mempamerkan nisbah jumlah rizab yang kukuh. 

Bursa memegang rizab yang besar dalam semua aset utama, memastikan lebih daripada cukup dana kekal untuk menyokong pengguna. Pecahan tersebut mendedahkan nisbah rizab 322% untuk Bitcoin, dengan lebih 19,393 BTC dipegang terhadap liabiliti pengguna sebanyak 6,030 BTC. Begitu juga, rizab Ethereum berada pada 173%, dengan pegangan sebanyak 199,433 ETH melebihi 115,051 ETH dalam aset pengguna. Rizab Stablecoin juga teguh, dengan USDT pada 138% dan USDC pada 121%, menunjukkan sokongan yang kuat.

Pengesahan cincang akar Merkle menambah lapisan ketelusan tambahan, membolehkan pengguna mengesahkan aset mereka secara bebas dalam sistem Bitget. Dengan 35 juta rekod yang disertakan dalam pokok Merkle, bursa terus mengutamakan akauntabiliti. Laporan tersebut menyerlahkan komitmen Bitget untuk melindungi aset pengguna sambil mengekalkan integriti operasi. Dengan memegang rizab yang jauh melebihi liabiliti secara konsisten, Bitget mengukuhkan kepercayaan dalam kesihatan kewangannya, meletakkan dirinya sebagai platform yang selamat dan boleh dipercayai untuk pedagang dan pelabur kripto.

PoR yang dikemas kini mempamerkan usaha Bitget dalam mengekalkan lebih daripada rizab 100% piawaian industri, yang secara berkesan menjamin aset pengguna selamat. Platform ini mampu menampung pengeluaran pengguna, walaupun jika semua aset pengguna dikeluarkan.

Di samping itu mengekalkan PoR yang lebih tinggi daripada piawaian industri, Bitget menginsuranskan penggunanya lagi dengan Dana Perlindungan $300J, kini bernilai lebih $570 juta menurut laporan dana perlindungan terbarunya. Ini memberikan platform lapisan ketahanan tambahan terhadap ancaman keselamatan siber.

Untuk penjejakan PoR masa nyata, sila layari sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah Syarikat bursa mata wang kripto dan Web3 yang terkemuka di dunia. Memberi perkhidmatan kepada lebih 100 juta pengguna di lebih 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep, merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang komprehensif, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, NFT Marketplace, penyemak imbas DApp dan banyak lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika rugi. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dikembalikan. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa diperoleh dan pengalaman kewangan peribadi serta kedudukan kewangan perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk yang boleh dipercayai untuk keputusan masa depan. Bitget tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7e6e37dd-29ad-4275-b259-d9650b21488f

Scroll to Top