Bitget Melancarkan Skin Eksklusif LALIGA: Berdagang dengan Gaya bersama-sama Barça, Real Madrid & Banyak Lagi

Bitget Melancarkan Skin Eksklusif LALIGA: Berdagang dengan Gaya bersama-sama Barça, Real Madrid & Banyak Lagi

VICTORIA, Seychelles, April 29, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, telah melancarkan kempen inovatif Your Team, Your Skin: LALIGA on Bitget, menggabungkan keghairahan bola sepak dengan keterujaan perdagangan kripto. Kemaskinian produk ini membolehkan pengguna menghiasi aplikasi Bitget dengan logo pasukan LALIGA kegemaran mereka dan bersaing untuk memperoleh ganjaran. Ini membuktikan bahawa, seperti dalam bola sepak, semangat dan strategi juga saling melengkapi dalam dunia kripto.

Bitget, yang terkenal kerana menerajui inovasi dalam penglibatan pengguna, kini meningkatkan lagi tahap platform syarikat dengan menyepadukan reka bentuk ikonik pasukan LALIGA ke dalam antara muka aplikasinya. Kini, pedagang boleh memakai kebanggaan pasukan mereka pada lengan digital mereka dengan menggunakan kit perdagangan baharu ini. Sama ada anda peminat tegar FC Barcelona atau penyokong setia Real Madrid, kini, aplikasi Bitget boleh menampilkan logo pasukan pilihan anda.

“Kami memberi peminat kripto cara baharu untuk memperlihatkan semangat pasukan mereka sambil berdagang,” kata Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif di Bitget. “Anggaplah ia sebagai gabungan terbaik, iaitu apabila aplikasi perdagangan anda menjadi seunik pasukan fantasi bola sepak anda. Kempen ini adalah hatrik penglibatan, pemperibadian dan keseronokan, sama ada anda di sini untuk berdagang atau memburu trofi, ada sesuatu untuk setiap peminat.”

Ini bukan sekadar peningkatan kosmetik, ia merupakan satu pertandingan besar-besaran. Pengguna memperoleh mata dengan menyelesaikan tugas permainan yang dikaitkan dengan pasukan pilihan mereka—papan pendahulu mingguan menjejaki pengguna yang menunjukkan prestasi terbaik. Semakin banyak anda berdagang, semakin tinggi kedudukan pasukan anda. Sama seperti dalam bola sepak, setiap mata penting.

Menyertai pertandingan ini bukan sahaja mudah tetapi juga mengujakan. Mula-mula, peminat boleh memperibadikan pengalaman dagangan Bitget mereka dengan memilih lambang ikonik pasukan LALIGA kegemaran mereka, mengubah antara muka aplikasi menjadi penghormatan digital terhadap minat bola sepak mereka. Kemudian, pertandingan sebenar bermula: pengguna memperoleh mata untuk pasukan pilihan mereka dengan menyelesaikan cabaran perdagangan dan berinteraksi dengan platform, mencipta gabungan yang menarik antara aktiviti kripto dengan semangat pasukan. Persaingan menjadi semakin sengit setiap minggu apabila papan pendahulu yang dikemaskinikan menampilkan penyokong kelab yang mendominasi pertandingan, menggabungkan kehebatan perdagangan dengan semangat peminat yang kekal membara dalam cara yang belum pernah dilakukan sebelum ini.

Reputasi LALIGA dalam inovasi dan tarikan global sejajar dengan misi Bitget untuk menjadikan perdagangan kripto lebih interaktif dan menarik. Dengan menggabungkan semangat peminat sukan dengan pasaran kewangan, Bitget mentakrifkan semula cara pengguna berinteraksi dengan platform perdagangan mereka, membuktikan bahawa kripto tidak semestinya hanya tentang carta dan angka. Kadangkala, ia juga tentang hak berbangga.

Kempen “Your Team, Your Skin” kini tersedia secara langsung dalam aplikasi Bitget. Muat turun, sesuaikan dan mula memperoleh mata hari ini. Siapa kata perdagangan kripto tidak boleh mempunyai sedikit gaya fútbol?

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih 100 orang juta pengguna di lebih daripada 150 negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri perdagangan salinan perintisnya dan penyelesaian perdagangan yang lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoin, harga Ethereum dan harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto berbilang rantaian bertaraf dunia yang menawarkan pelbagai penyelesaian dan ciri Web3 yang menyeluruh, termasuk kefungsian dompet, pertukaran token, Pasaran NFT, penyemak imbas DApp dan banyak lagi.

Bitget berada di barisan hadapan dalam memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara dunia gusti), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (pemain pasukan bola tampar kebangsaan), untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi menerima baik masa depan mata wang kripto.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital mungkin turun naik dan mengalami ketidakstabilan harga. Hanya melabur jika anda sanggup menanggung kerugian. Nilai pelaburan anda mungkin terjejas dan berkemungkinan anda tidak mencapai matlamat kewangan anda atau mendapatkan semula pelaburan pokok anda. Anda seharusnya sentiasa mendapatkan nasihat kewangan yang bebas dan mempertimbangkan pengalaman kewangan dan kedudukan kewangan anda sendiri. Prestasi pada masa lalu bukanlah ukuran prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang mungkin anda alami. Tiada apa-apa pun di sini yang boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Perkhidmatan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/f7e187b7-cdfe-4cc7-9410-ec2319c1a0f9

Scroll to Top