Bitget Launchpool Menyenaraikan Caldera (ERA) dengan Ganjaran Token bernilai lebih daripada 2.6 Juta

Bitget Launchpool Menyenaraikan Caldera (ERA) dengan Ganjaran Token bernilai lebih daripada 2.6 Juta

VICTORIA, Seychelles, July 21, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka, telah mengumumkan penyenaraian Caldera (ERA) untuk dagangan spot. Caldera merupakan platform rollup berasaskan Ethereum yang membolehkan penskalaan mendatar dan interoperabiliti antara rollup. Dagangan pasangan ERA/USDT telah bermula pada 17 Julai 2025, jam 15:30 (UTC) dan pengeluaran tersedia mulai 18 Julai 2025, jam 16:30 (UTC).

Bitget akan melancarkan kempen Launchpool yang menawarkan ganjaran sebanyak 2,666,600 token ERA. Pengguna yang layak boleh menyertai dengan mengunci BGB, BTC atau ETH sepanjang tempohnya, iaitu dari 18 Julai 2025, jam 05:00 hingga 21 Julai 2025, jam 05:00 (UTC). Dalam kolam penguncian BGB, pengguna boleh menyertai dengan mengunci antara 5 hingga 50,000 BGB. Had maksimum ditentukan berdasarkan tahap VIP masing-masing dan peserta berpeluang merebut sebahagian daripada 1,000,000 token ERA yang ditawarkan sebagai ganjaran. Pengguna yang mengunci antara 0.0001 hingga 23 BTC dalam kolam BTC memperoleh sebahagian daripada 833,300 ERA yang ditawarkan. Pengguna yang mengunci antara 0.002 hingga 450 ETH dalam kolam ETH pula berpeluang memperoleh sebahagian daripada 833,300 token ERA.

Caldera merupakan platform infrastruktur Web3 yang memudahkan penciptaan rollup L2 Ethereum yang boleh disesuaikan, membolehkan pembangun menetapkan elemen seperti token gas, lapisan ketersediaan data serta tumpukan teknologi seperti Arbitrum, Optimism serta zkSync. Di terasnya ialah protokol Metalayer, yang direka untuk menyatukan rollup dengan memudahkan kecairan bersama dan komunikasi rentas rantai yang cekap. Dengan sokongan lebih daripada 50 rollup, Caldera menggerakkan ekosistem yang kian berkembang, dengan jumlah nilai terkunci (TVL) antara $400–600 juta dan melayani 27 juta dompet, menjadikannya pemain penting dalam seni bina penskalaan Ethereum secara menyeluruh.

Bitget terus memperluaskan tawarannya dengan mengukuhkan kedudukannya sebagai platform perdagangan mata wang kripto yang terkemuka. Bursa tersebut telah membina reputasi sebagai penyedia penyelesaian inovatif yang memperkasakan pengguna untuk meneroka kripto dalam ekosistem CeDeFi yang selamat. Dengan pelbagai pilihan yang merangkumi lebih 800 pasangan mata wang kripto serta komitmen untuk meluaskan tawaran kepada lebih 900 pasangan dagangan, Bitget menghubungkan pengguna kepada pelbagai ekosistem, termasuk Bitcoin, Ethereum, Solana, Base dan TON. Penambahan Caldera sebagai salah satu portfolio Bitget menandakan langkah yang penting dalam mengembangkan ekosistem Bitget dengan membina hubungan dengan komuniti khusus dan memupuk inovasi dalam ekonomi tak terpusat, sekali gus mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk kepada pelbagai projek Web3.

Untuk maklumat lanjut mengenai Caldera, layari di sini.

Perihal Bitget

Ditubuhkan pada tahun 2018, Bitget merupakan sebuah bursa mata wang kripto dan syarikat Web3 yang terkemuka di dunia. Memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 120 juta pengguna di lebih daripada 150 buah negara dan rantau, bursa Bitget komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ciri dagangan salinan perintisnya dan penyelesaian dagangan lain. Bitget turut menawarkan akses masa nyata kepada harga Bitcoinharga Ethereum serta harga mata wang kripto yang lain. Bitget Wallet yang sebelum ini dikenali sebagai BitKeep merupakan dompet kripto tanpa jagaan terkemuka yang menyokong lebih daripada 130 blockchain dan jutaan token. Ia menawarkan perdagangan berbilang rantaian, staking, pembayaran dan akses langsung kepada lebih daripada 20,000 DApp dengan pertukaran termaju serta cerapan pasaran yang disepadukan dalam satu platform tunggal.

Bitget sedang memacu penggunaan kripto melalui perkongsian strategik, antaranya berperanan sebagai Rakan Kongsi Kripto Rasmi Liga Bola Sepak Terunggul Dunia, LALIGA, dalam pasaran TIMUR, SEA dan LATAM, termasuk menjadi rakan kongsi global atlet Kebangsaan Turki Buse Tosun Çavuşoğlu (Juara gusti dunia), Samet Gümüş (Pemenang pingat emas tinju) dan İlkin Aydın (Pemain pasukan bola tampar kebangsaan) untuk memberikan inspirasi kepada komuniti global bagi merangkul masa depan mata wang kripto.

Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Dalam dunia sukan permotoran, Bitget merupakan rakan eksklusif bursa mata wang kripto bagi MotoGP™, salah satu kejohanan paling mendebarkan di dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord | Bitget Wallet

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang mereka sanggup tanggung jika mengalami kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman dan kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi masa lalu bukanlah penunjuk prestasi masa hadapan yang boleh dipercayai. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus dianggap sebagai nasihat kewangan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk Syarat Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/2ad44618-7b23-4379-b633-042ee5973b16

Scroll to Top