AUSTIN, Texas, July 30, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) — Ambiq Micro, Inc. (“Ambiq”), peneraju teknologi dalam penyelesaian semikonduktor kuasa ultrarendah untuk AI hujung rangkaian, hari ini mengumumkan penetapan harga bagi tawaran awam permulaan (IPO) yang ditingkatkan sebanyak 4,000,000 saham biasa pada harga AS$24.00 sesaham. Hasil kasar kepada Ambiq daripada tawaran ini, sebelum ditolak diskaun dan komisen penaja jamin serta kos berkaitan yang perlu dibayar oleh Ambiq, dijangka mencecah AS$96.0 juta. Selain itu, Ambiq telah memberikan penaja jamin pilihan selama 30 hari untuk membeli hingga 600,000 saham tambahan (semata-mata untuk menampung lebihan langganan, jika ada) pada harga IPO yang sama, selepas menolak diskaun dan komisen. Saham-saham tersebut dijangka mula diniagakan di Bursa Saham New York dengan simbol penyenaraian “AMBQ” pada 30 Julai 2025 dan penutupan tawaran dijangka berlaku pada 31 Julai 2025, tertakluk pada pemenuhan syarat penutupan lazim.
BofA Securities dan UBS Investment Bank bertindak sebagai pengurus utama bersama bagi penaja jamin untuk penawaran ini. Needham & Company dan Stifel pula bertindak sebagai pengurus taja jamin bersama.
Satu pernyataan pendaftaran yang berkaitan dengan penawaran sekuriti telah diisytiharkan berkuat kuasa oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat pada 29 Julai 2025. Penawaran ini hanya dibuat melalui prospektus. Apabila tersedia, salinan prospektus akhir yang berkaitan dengan tawaran ini boleh diperoleh dengan menghubungi: BofA Securities, NC1-022-02-25, 201 North Tryon Street, Charlotte, North Carolina 28255-0001, Attention: Prospectus Department atau melalui e-mel di dg.prospectus_requests@bofa.com atau UBS Securities LLC, Attention: Prospectus Department, 1285 Avenue of the Americas, New York, New York 10019, melalui telefon di (888) 827-7275 atau e-mel di ol-prospectus-request@ubs.com.
Siaran akhbar ini tidak akan dianggap sebagai tawaran untuk menjual atau pelawaan untuk membeli sekuriti ini dan tiada penjualan sekuriti ini akan berlaku di mana-mana negeri atau bidang kuasa lain apabila tawaran, pelawaan atau penjualan tersebut adalah menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti mana-mana negeri atau bidang kuasa tersebut.
Perihal Ambiq
Misi Ambiq adalah untuk membolehkan kecerdasan (kecerdasan buatan (AI) dan seterusnya) di mana-mana sahaja dengan menyediakan penyelesaian semikonduktor berkuasa paling rendah. Ambiq membolehkan pelanggannya menyampaikan pengkomputeran AI di hujung rangkaian (edge), yang cabaran penggunaan kuasa adalah paling ketara. Inovasi teknologi Ambiq, yang dibina atas teknologi pengoptimuman kuasa subambang (SPOT®) yang dipatenkan dan proprietari, secara asasnya memberikan peningkatan berlipat ganda dalam penggunaan kuasa berbanding dengan reka bentuk semikonduktor tradisional. Sehingga kini, Ambiq telah menggerakkan lebih daripada 270 juta peranti.
Kenyataan Memandang Ke Hadapan
Kenyataan yang terkandung dalam siaran akhbar ini yang bukan fakta sejarah merupakan kenyataan memandang ke hadapan. Anda boleh mengenal pasti kenyataan memandang ke hadapan kerana ia mengandungi perkataan seperti “percaya”, “menjangka”, “mungkin”, “akan”, “sepatutnya”, “berusaha”, “berhasrat”, “merancang”, “menganggarkan” atau “menjangkakan” atau ungkapan serupa yang berkaitan dengan strategi, rancangan, unjuran atau niat kami. Kenyataan memandang ke hadapan ini mungkin disertakan di sepanjang siaran akhbar ini, dan merangkumi, tetapi tidak terhad kepada kenyataan yang berkaitan dengan hasil kasar yang dijangka daripada penawaran awam permulaan Ambiq, tarikh jangkaan saham biasa Ambiq mula diniagakan di Bursa Saham New York dan penutupan penawaran awam permulaan yang dijangka. Secara semula jadi, kenyataan memandang ke hadapan bukanlah kenyataan fakta sejarah atau jaminan prestasi masa hadapan dan tertakluk pada risiko, ketidaktentuan, andaian atau perubahan keadaan yang sukar untuk diramal atau diukur. Jangkaan, kepercayaan dan unjuran Ambiq dinyatakan dengan niat yang baik dan Ambiq percaya bahawa terdapat asas yang munasabah bagi kenyataan tersebut. Walau bagaimanapun, tiada jaminan bahawa jangkaan, kepercayaan dan unjuran pihak pengurusan akan berlaku atau dicapai dan keputusan sebenar mungkin berbeza-beza secara ketara daripada perkara yang dinyatakan atau ditunjukkan oleh kenyataan memandang ke hadapan. Sebarang kenyataan memandang ke hadapan dalam siaran akhbar ini hanya merujuk kepada tarikh siaran ini. Ambiq tidak mempunyai sebarang kewajipan untuk mengemaskinikan atau menyemak semula secara terbuka sebarang kenyataan memandang ke hadapan, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, perkembangan masa hadapan atau sebaliknya, kecuali jika dikehendaki oleh mana-mana undang-undang sekuriti yang berkenaan.
Hubungi
Charlene Wan
VP Pemasaran Korporat dan Perhubungan Pelabur
cwan@ambiq.com
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/2b0020d4-b17f-45b8-a173-5f4318a97b59