DOHA, Qatar dan NEW YORK, Sept. 28, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) — Qatar Financial Centre (QFC), sebuah pusat kewangan dan perniagaan onshore (dalam bidang kuasa tempatan) terkemuka dan U.S. Chamber of Commerce telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh jalinan perdagangan serta pelaburan antara Qatar dan Amerika Syarikat. Perjanjian ini turut bertujuan untuk menyokong syarikat-syarikat AS yang berhasrat menubuhkan atau mengembangkan operasi mereka di Qatar serta di pasaran serantau yang lebih luas.
Melalui kerjasama ini, kedua-dua organisasi akan menumpukan perhatian pada bidang yang mempunyai kepentingan strategik bersama termasuk pengurusan kekayaan dan aset, teknologi kewangan (fintech), aset digital serta teknologi perusahaan.
MoU tersebut telah ditandatangani dalam sesi meja bulat eksekutif tertutup yang dianjurkan bersama oleh QFC dan U.S. Chamber of Commerce di New York, pada minggu penting bagi hubungan antarabangsa yang turut menyaksikan penganjuran Qatar Economic Forum dan Minggu Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung PBB (UNGA). Sebagai inisiatif pertama di bawah MoU tersebut, sesi meja bulat ini telah menghimpunkan pemimpin kanan perniagaan Amerika Syarikat untuk bertukar pandangan mengenai pertumbuhan serantau, pengembangan perniagaan rentas sempadan serta faktor kawal selia, ekonomi dan teknologi yang kian membentuk keputusan perniagaan.
Encik Mansoor Al Khater, Ketua Pegawai Eksekutif QFC, menjelaskan bahawa perjanjian ini memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan yang telah lama terjalin antara Qatar dan Amerika Syarikat: “Kerjasama ini bertujuan menjadikan hubungan kukuh Qatar–AS sebagai peluang perniagaan yang lebih besar di kedua‑dua pasaran. Kerjasama ini akan membuka lebih banyak saluran untuk berinteraksi dengan syarikat AS, membantu kami memahami keutamaan mereka dengan lebih baik dan menghubungkan mereka dengan peluang di Qatar secara lebih strategik.”
“Dengan lebih 350 syarikat AS kini menjadi sebahagian daripada platform QFC, sekali gus menyediakan asas kukuh untuk pertumbuhan selanjutnya. Matlamat kami adalah untuk menyokong syarikat AS yang ingin berkembang di rantau ini dengan menyediakan kepastian kawal selia, hubungan perniagaan dan persekitaran yang diperlukan agar mereka dapat berkembang dengan yakin.”
Encik Khush Choksy, Naib Presiden Kanan bagi Hubungan Keahlian Antarabangsa serta Timur Tengah, Asia Tengah & Türkiye, mengulas tentang kepentingan kerjasama ini: “Program Perniagaan AS–Qatar U.S. Chamber of Commerce berbesar hati memeterai kerjasama ini dengan Qatar Financial Centre Authority. Memorandum Persefahaman ini mencerminkan komitmen bersama kami untuk memperluas perdagangan, pelaburan dan penglibatan komersial antara Amerika Syarikat dan Qatar — sekali gus mewujudkan peluang baharu yang nyata bagi perniagaan di kedua-dua pasaran. Bersama QFC, kami berharap dapat bekerjasama rapat dalam program bersama, dialog perniagaan dan inisiatif yang memperkukuh salah satu hubungan ekonomi dua hala paling dinamik di rantau ini.”
Perihal Qatar Financial Centre (QFC)
Qatar Financial Centre (QFC) ialah pusat perniagaan dan kewangan onshore (dalam bidang kuasa tempatan) yang berpusat di Doha, menawarkan platform unggul bagi firma untuk menjalankan perniagaan di Qatar dan rantau ini. QFC menawarkan rangka kerja undang-undang, kawal selia, cukai dan persekitaran perniagaan yang tersendiri, yang membolehkan pemilikan asing sehingga 100%, pengembalian penuh keuntungan, serta mengenakan kadar cukai korporat yang kompetitif sebanyak 10% ke atas keuntungan yang diperoleh secara tempatan. QFC mengalu‑alukan pelbagai firma perkhidmatan kewangan dan bukan kewangan.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti yang dibenarkan dan manfaat menubuhkan operasi di QFC, sila layari www.qfc.qa
@QFCAuthority | #QFCMeansBusiness
Perihal U.S. Chamber of Commerce
U.S. Chamber of Commerce ialah organisasi perniagaan terbesar di dunia yang mewakili syarikat daripada pelbagai saiz merentasi setiap sektor ekonomi. Ahli kami merangkumi perniagaan kecil dan dewan perniagaan tempatan di seluruh Amerika, sehinggalah kepada persatuan industri terkemuka dan syarikat besar. Selama lebih 114 tahun, kami telah memperjuangkan dasar pro‑perniagaan yang membantu syarikat mencipta pekerjaan dan mengembangkan ekonomi negara.
Hubungan Media
QFC Corporate Communications
Rasha Kamaleddine | +974 55049647 | r.kamaleddine@qfc.qa
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di:
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/c47fe05c-3c0f-4fe0-a910-9a7fd1e0bce2
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7bc7fddb-ed65-46bb-ab5c-b6f10f0fe847
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/bf4fb98c-3701-45cd-bcd4-e9c061ad5723

