Bitget Mempertingkatkan Pengalaman Dagangan Algoritma dengan Integrasi SDK Siebly.io

Bitget Mempertingkatkan Pengalaman Dagangan Algoritma dengan Integrasi SDK Siebly.io

VICTORIA, Seychelles, July 22, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, hari ini mengumumkan kerjasama dengan Siebly.io, penyedia API SDK bertaraf profesional untuk pedagang algoritma dan pembangun, bagi memudahkan integrasi dengan V3 Unified Trading Account dan V2 Classic API Bitget. Kerjasama ini memberikan pembangun akses kepada Bitget SDK Siebly, sekali gus membolehkan sambungan yang lebih pantas dan lebih dipercayai merentasi infrastruktur dagangan spot, niaga hadapan, dagangan salinan (copy trading) serta data pasaran masa nyata Bitget.

Pembangun dan pedagang algoritma semakin bergantung kepada peralatan API yang stabil untuk membina, menguji dan melaksanakan sistem dagangan. Namun, persekitaran API yang berpecah, pustaka klien yang tidak konsisten serta laluan migrasi yang kompleks boleh memperlahankan pembangunan dan menambah risiko operasi. Melalui kerjasama dengan Siebly, Bitget membantu pembangun mengurangkan kerumitan integrasi sambil menyokong kedua‑dua seni bina Unified Trading Account baharu dan aliran kerja V2 Classic sedia ada.

Siebly.io menyediakan peralatan pembangun sedia guna yang membantu pasukan dagangan berhubung dengan bursa kripto tanpa perlu membina setiap sambungan API dari awal. Bagi pembangun dan pedagang algoritma, khususnya yang menggunakan JavaScript dan TypeScript, mereka boleh berhubung dengan Bitget dengan lebih pantas, mengurangkan ralat teknikal serta menumpukan lebih masa untuk membina strategi dagangan, bot dan peralatan data pasaran berbanding mengurus integrasi API yang kompleks.

“UEX menekankan penyampaian pengalaman dagangan yang lebih unggul kepada pengguna dan pembangun di seluruh dunia, tanpa mengira jenis aset yang didagangkan,” ujar Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “Kerjasama dengan Siebly menjadikan pembangunan alat yang boleh dipercayai dalam seni bina akaun bersepadu Bitget lebih mudah, sekali gus membolehkan pedagang mengurangkan masa untuk proses integrasi dan menumpukan lebih banyak masa kepada pembinaan strategi di Bitget.”

SDK keluaran Siebly menyediakan liputan menyeluruh merentasi ekosistem Bitget, termasuk dagangan spot, dagangan niaga hadapan, dagangan salinan, aliran data pasaran umum serta pengurusan akaun peribadi. Bagi strategi yang sensitif terhadap kependaman, SDK turut menyokong fungsi WebSocket API, membolehkan pembangun melaksanakan corak permintaan–maklum balas seperti REST melalui sambungan berterusan, sekali gus mengurangkan beban permintaan tanpa menambah kerumitan pengurusan WebSocket secara manual.

SDK ini turut merangkumi sokongan terbina untuk HMACRSA, dan Ed25519 bagi tujuan pengesahan, sekali gus membantu pembangun berinteraksi dengan infrastruktur Bitget secara selamat sambil mengekalkan fleksibiliti merentasi pelbagai piawaian pengesahan. Peralatan Siebly dibangunkan dengan corak pembangunan yang konsisten merentasi bursa yang disokong. Reka bentuk ini memudahkan pembangun beralih antara platform dengan lebih lancar, di samping mengurangkan halangan serta mempercepatkan kitaran pelaksanaan.

“Pembangun yang membangunkan sistem dagangan automatik memerlukan SDK yang konsisten, selamat dan telah diuji dalam persekitaran produksi,” ujar Tiago Siebler, Pembangun Utama di Siebly.io. “Kerjasama kami bersama Bitget memudahkan proses integrasi untuk para pembangun dengan salah satu ekosistem dagangan terkemuka dalam industri.”

Rangka kerja UEX Bitget diperkukuh melalui kerjasama ini dengan penambahbaikan pada lapisan asas infrastruktur yang menghubungkan pembangun, sistem dagangan serta persekitaran akaun bersepadu Bitget. Dengan meningkatkan kecekapan akses API merentasi dagangan spot, niaga hadapan, dagangan salinan, serta data masa nyata, Bitget terus memperluas set alat yang ditawarkan kepada pembangun runcit dan profesional dalam membangunkan generasi baharu aplikasi dagangan kripto.

Perihal Bitget

Bitget ialah Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, berkhidmat kepada lebih 125 juta pengguna dan menawarkan akses kepada lebih daripada 2 juta token kripto, lebih daripada 500 saham yang ditokenkan, ETF, komoditi, FX serta logam berharga seperti emas. Ekosistem ini komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ejen AI yang bertindak sebagai co-pilot dalam pelaksanaan dagangan. Bitget memacu penerimaan kripto melalui kerjasama strategik seperti MotoGP™. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Bitget kini menerajui pasaran TradFi ditokenkan dengan menawarkan yuran terendah dan kecairan tertinggi dalam industri merentasi 150 rantau di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman Web | X | Telegram | LinkedIn | Discord

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com 

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidaktentuan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang sanggup ditanggung sekiranya berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas hendaklah sentiasa diperoleh dan pengalaman serta kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi lalu bukanlah penunjuk yang boleh dipercayai bagi prestasi masa hadapan. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa dalam dokumen ini boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/612e9d67-4e31-4a79-9a13-339ba2b3ee79

Scroll to Top