Bitget Melancarkan Kad Bitget di Asia Pasifik, Memperluas Penggunaan Kripto dalam Perbelanjaan Harian

Bitget Melancarkan Kad Bitget di Asia Pasifik, Memperluas Penggunaan Kripto dalam Perbelanjaan Harian

Bitget Melancarkan Kad Bitget di Asia Pasifik, Memperluas Penggunaan Kripto dalam Perbelanjaan Harian

VICTORIA, Seychelles, April 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) — Bitget, Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, dengan kerjasama Visa dan DCS, telah melancarkan Kad Bitget di pasaran terpilih Asia Pasifik (APAC). Inisiatif ini memperluas penggunaan kripto daripada platform pertukaran kepada transaksi harian, sekali gus memperkukuh pengalaman kewangan bersepadu di mana aset digital beroperasi secara lancar di latar belakang kehidupan seharian.

Pelancaran fasa awal menyediakan Kad Bitget maya kepada pengguna APAC, dengan kad fizikal dijangka diperkenalkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Kad Bitget, yang dikeluarkan bersama DCS dan disokong oleh rangkaian pembayaran global Visa, membolehkan pengguna menukar aset kripto kepada fiat bagi tujuan perbelanjaan harian di rangkaian peruncit seluruh APAC. Pembayaran diproses secara masa nyata dan memberikan pengalaman setara dengan transaksi kad konvensional, sekali gus mengatasi mengurangkan kekangan yang lazim dikaitkan dengan proses keluar daripada ekosistem kripto (off-ramping) atau pertukaran manual. Kripto beroperasi tanpa disedari di latar belakang, sementara pengguna terus bertransaksi melalui sistem pembayaran yang dikenali, menyokong penggunaan harian yang lancar.

“Kerjasama merentasi ekosistem adalah kunci untuk membawa aset digital ke dalam pembayaran harian,” kata Joan Han, Ketua Pegawai Operasi DCS dan DeCard. “Melalui gabungan ekosistem Bitget, sokongan DCS, serta rangkaian penerimaan global Visa, Kad Bitget memudahkan pengguna menukar pegangan kripto kepada fiat dan menggunakannya untuk perbelanjaan harian dengan pengalaman kad yang sudah biasa.”

Bersempena dengan pelancaran ini, Kad Bitget menawarkan salah satu struktur ganjaran yang paling kompetitif di rantau ini, dengan pulangan tunai sehingga 20% bagi perbelanjaan yang layak, dihadkan pada $800. Dengan yuran pertukaran asing yang rendah, kad ini memenuhi keperluan pengguna antarabangsa yang mahukan kemudahan berbelanja merentasi sempadan tanpa kesukaran.

“Untuk kripto benar-benar diterima sebagai arus perdana, ia mesti beroperasi dengan mudah tanpa menuntut perhatian berterusan daripada pengguna,” jelas Gracy Chen, Ketua Pegawai Eksekutif Bitget. “Ia seharusnya berfungsi secara senyap di latar belakang, sementara orang ramai menjalani kehidupan harian mereka seperti biasa. Kad Bitget mencerminkan peralihan di mana kripto menjadi infrastruktur, bukan gangguan.”

Pelancaran ini selaras dengan visi Universal Exchange Bitget, yang membawa kripto, derivatif serta aset tradisional yang ditokenisasi ke dalam satu ekosistem. Dengan melanjutkan rangka kerja itu ke dalam pembayaran melalui kerjasama dengan Visa dan DCS, Bitget mengurangkan jurang antara aset digital dan perdagangan dunia nyata, sekali gus membolehkan pengguna bergerak antara pasaran dan perbelanjaan harian tanpa menukar konteks.

Ciri tambahan termasuk faedah yang dipertingkatkan untuk ahli VIP, termasuk rebat yang lebih tinggi dan pengeluaran kad fizikal percuma sebaik sahaja ia tersedia.

“Apabila aset digital semakin meluas, pengguna semakin mengharapkan cara yang mudah dan boleh dipercayai untuk menggunakan nilai itu dalam kehidupan harian,” kata Adeline Kim, Pengurus Negara untuk Singapura & Brunei di Visa. “Kad Bitget mencerminkan evolusi dunia pembayaran — membolehkan peralihan lancar daripada aset digital kepada perbelanjaan harian melalui pengalaman kad Visa yang sudah biasa, pada skala besar dan merentasi sempadan.”

Pada masa hadapan, Bitget merancang untuk memperluaskan Kad Bitget dengan reka bentuk fizikal premium, pengeluaran ATM tanpa yuran sehingga USD100 sebulan, serta akses kepada rangkaian lounge lapangan terbang di seluruh dunia, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai penyelesaian pembayaran gaya hidup jangka panjang.

Seiring dengan penyatuan sistem kewangan, sempadan antara kripto dan kewangan tradisional semakin kabur bagi pengguna. Dengan Kad Bitget, aset digital disepadukan secara lancar ke dalam pembayaran harian, membolehkan pengguna berbelanja, melancong, dan bergerak di seluruh dunia melalui pengalaman kad yang dikenali.

Untuk memohon Kad Bitget, sila layari sini.

Penafian: Maklumat ini hanya untuk tujuan penerangan dan bukan nasihat pelaburan atau pelawaan untuk berdagang atau menggunakan sebarang perkhidmatan. Perkhidmatan kami mungkin tidak tersedia di sesetengah bidang kuasa atau untuk pengguna di kawasan tertentu.

Perihal Bitget

Bitget ialah Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, berkhidmat kepada lebih 125 juta pengguna dan menawarkan akses kepada lebih 2 juta token kripto, lebih daripada 100 saham yang ditokenisasi, ETF, komoditi, FX serta logam berharga seperti emas. Ekosistem ini komited untuk membantu pengguna berdagang dengan lebih bijak melalui ejen AI yang bertindak sebagai co-pilot dalam pelaksanaan dagangan. Bitget memacu penerimaan kripto melalui perkongsian strategik bersama LALIGA dan MotoGP™. Selaras dengan strategi impak globalnya, Bitget telah bekerjasama dengan UNICEF untuk menyokong pendidikan blockchain bagi 1.1 juta individu menjelang tahun 2027. Bitget kini sedang menerajui pasaran TradFi yang ditokenisasi, dengan menawarkan yuran terendah industri serta kecairan tertinggi merentasi 150 wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, layari: Laman Web | Twitter | Telegram | LinkedIn | Discord

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: media@bitget.com

Amaran Risiko: Harga aset digital tertakluk kepada turun naik dan mungkin mengalami ketidakstabilan yang ketara. Pelabur disarankan agar hanya memperuntukkan dana yang sanggup ditanggung sekiranya berlaku kerugian. Nilai mana-mana pelaburan boleh terjejas dan terdapat kemungkinan bahawa objektif kewangan mungkin tidak tercapai serta pelaburan pokok tidak dapat diperoleh semula. Nasihat kewangan bebas harus sentiasa didapatkan dan pengalaman serta kedudukan kewangan peribadi perlu dipertimbangkan dengan teliti. Prestasi lalu bukanlah penunjuk yang boleh dipercayai bagi prestasi masa hadapan. Bitget tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian yang mungkin dialami. Tiada apa-apa yang terkandung di sini harus ditafsirkan sebagai nasihat kewangan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Terma Penggunaan kami.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/0418876f-89ee-4aa8-af05-e55f92e05b50

Scroll to Top