SANTA CLARA, California, April 01, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) — Cloudera, satu-satunya syarikat yang membolehkan AI diaplikasikan kepada data di mana-mana, hari ini mengumumkan penyertaannya sebagai penaja dalam siri Amazon Web Services (AWS) Summit 2026, termasuk acara di Paris, Sydney, Hamburg, Madrid, Washington, D.C., Jakarta, Zurich dan Tokyo. Pada setiap acara, Cloudera akan menunjukkan bagaimana organisasi boleh mengoperasikan “AI Anywhere” secara menyeluruh dengan menjalankan beban kerja AI secara lancar merentasi persekitaran hibrid dan multi-awan tanpa menjejaskan aspek tadbir urus, keselamatan, kebolehportabilan data serta keperluan sovereign cloud (awan berdaulat) — termasuk residensi data, kawalan dan pematuhan mengikut negara atau wilayah tertentu.
Kehadiran Cloudera di AWS Summit berteraskan kerjasama jangka panjang dengan AWS, membantu perusahaan memodenkan seni bina data serta mempercepatkan penggunaan AI dalam persekitaran hibrid yang semakin kompleks. Ketika organisasi terus mengimbangi inovasi awan dengan pelaburan sedia ada di premis, strategi awan hibrid menjadi norma, membolehkan lebih banyak kelincahan, skalabiliti serta kecekapan kos.
AWS juga merupakan ahli utama dalam ekosistem AI Cloudera yang semakin berkembang, menyokong pelanggan ketika mereka melaksanakan penyelesaian AI yang boleh diskala, terbuka dan selamat merentasi pelbagai persekitaran.
Melibatkan Komuniti Awan Global
Sepanjang acara AWS Summit, Cloudera akan menganjurkan pengalaman interaktif di reruai termasuk demonstrasi langsung, konsultasi pakar dan hadiah percuma, menawarkan peserta cerapan praktikal tentang kes penggunaan AI dan data dunia sebenar.
Sorotan Acara Termasuk:
- Paris, 1 April: Cloudera akan mengadakan demo secara langsung di Reruai P4. Sebagai penaja platinum, Cloudera akan menganjurkan sesi Accelerating Life-Saving Aid with Private AI, berkongsi cara Mercy Corps menggunakan Cloudera AI yang dikuasakan oleh NVIDIA untuk melengkapkan pasukan kemanusiaan dengan alat berasaskan AI yang selamat, sekali gus mempercepatkan penghantaran bantuan menyelamatkan nyawa.
- Masa: 11:15 pagi, Lokasi: Salle Passy L1
- Sydney, 13–14 Mei: Sebagai penaja emas, Cloudera akan menganjurkan sesi pembentangan pantas bertajuk Cloud Anywhere: Architectural Freedom for Unified Data and AI, meneroka cara organisasi boleh mengelakkan penguncian vendor dan menyatukan data serta AI merentasi AWS dan persekitaran di premis.
- Majlis resepsi jaringan dijadualkan berlangsung di reruai Cloudera pada 13 Mei, jam 5:15–6:00 petang, dengan menampilkan sesi permainan serta cabutan hadiah.
- Hamburg, 20 Mei: Sebagai penaja platinum, Cloudera akan menganjurkan sesi pecahan serta demo berjadual dan hadiah di reruainya.
- Madrid, 4 Jun: Dalam sesi bertajuk Psychology for Robots: Cognitive Biases and Bacon in Your Ice Cream, Cloudera akan menyelami secara mendalam bias kognitif dalam sistem AI dan cara Cloudera memastikan AI sedia produksi di mana sahaja.
- Kehadiran Tambahan di:
- Washington, D.C., 30 Jun
- Jakarta, 6 Ogos
- Zurich, 2 September
- Tokyo, 25 Jun
“Kerjasama kami dengan AWS adalah teras dalam merealisasikan janji AI Anywhere,” kata Michelle Hoover, Naib Presiden Kanan, Global Alliances and Channels di Cloudera. “Pelanggan tidak seharusnya perlu memilih antara inovasi dan kawalan. Dengan menggabungkan platform data hibrid Cloudera dengan keupayaan awan AWS, kami memperkasakan organisasi untuk menjalankan beban kerja AI di mana sahaja mereka perlukan—sambil mengekalkan tadbir urus, keselamatan dan kebolehportabilan.”
Ketahui Lebih Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai kehadiran Cloudera di AWS Summit akan datang, termasuk AWS re:Invent pada November, layari: https://www.cloudera.com/events.html
Perihal Cloudera
Cloudera merupakan satu-satunya syarikat platform data dan AI yang dipercayai oleh organisasi besar untuk membawa AI terus ke lokasi data mereka. Tidak seperti penyedia lain, Cloudera menawarkan pengalaman awan yang konsisten dengan penyatuan awan awam, pusat data di premis, dan edge — semuanya berlandaskan asas sumber terbuka yang telah terbukti. Sebagai perintis dalam bidang data besar, Cloudera memperkasakan perniagaan untuk menerapkan AI dan mengawal 100% data mereka dalam semua bentuk, sekali gus menambah baik keselamatan, tadbir urus serta cerapan masa nyata dan ramalan. Jenama terbesar dunia merentasi pelbagai industri bergantung kepada Cloudera untuk mengubah cara membuat keputusan demi meningkatkan keuntungan, melindungi daripada ancaman, malah menyelamatkan nyawa.
Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Cloudera.com dan ikuti kami di LinkedIn dan X. Cloudera dan tanda berkaitan merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Cloudera, Inc. Semua syarikat dan nama produk lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.
Hubungi
Jess Hohn-Cabana
cloudera@v2comms.com



